Makna Kebahagian....


"Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya"

Yusuf al-Qardawi

Saturday 18 December 2010

status : puan...

dah lame sgt x tulis blog nih..
malas nk bukak..huhu
skrg masuk 7 bln ak bergelar istri..
alhamdulillah...ak bahagia bersama hubby tercinta..
cume lum rezeki nak menimang cahaya mata...
insyaALLAH ALLAH merancang sesuatu tuk kami..
em...cm wanita yg dah berkahwin skrg...
bnyk tanggungjawab ak skrg...
yg sedih xdpt slalu blk jhor tgk mak abah..
maklum la kawen ngn owg utara...
nak blk selatan sush la skit..huhu
ape2 pn aku bersyukur dengan kehidupan skrg..
bersyukur sgt2 sb idup ak xla sush cm owg biase citer...
owg kate awal2 kawen msti idup sush dlu..
tp alhamdulillah idup ak awl2 kawen ni, xsush sgt n xseng sgt...
sedang2 jer...
alhamdulillah..
skrg tgh meniti masa tuk bt praktikal..
moga ALLAH permudahkan segala urusan..
insyaALLAH...

Saturday 27 March 2010

BERSEDIAKAH AKU UNTUK MENJADI ISTERI DAN MAMA......

SALAM
dah lame rasanya x updated blog ni
sian lak tgk blog ni terbiar jer
buat pengetahuan pengikut blog sy ni, sy nak bgtau dan menjemput semua datang ke majlis perkahwinan sy
pada 6/6/2010 nti
persoalannya sekarang,
mampukah aku tuk memegang tanggungjawab yang besar ni
menjadi isteri dan mama pada usia muda merupakan satu cabaran yang amat besar
mampukah aku?
melihat pada diri aku sendiri
aku rasa aku mampu tetapi aku perlu sokongan semua pihak
semoga keputusan aku tuk berumahtangga ini tidak menjadi satu penyesalan
aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ade hikmahnya
Allah akan menguji umatNya ikut kemampuan umatNya
Semoga aku berjaya menjaga keluargaku akan datang
mencari keredhaan yang maha Esa
dan memperbaiki iman didada
apa yg paling aku harapkan adalah
suamiku akan menjadi suami yg soleh dan menyayangiku tanpa jemu
bersabar dengan sikap dan kerenahku
also i really hope for soleh n solehah children
semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati aku dan keluarga
aku juga berjanji akan menggembirakan mak dan abah serta adik beradikku
semoga nti aku cepat dipostingkan
sebagai cikgu yang akan berjasa kepada anak bangsa
Aminnnnnnn.
wassalam




Wednesday 24 February 2010

Semangat Baru...

salam...
dah lame xberkesempatan nak tulis kat blog...
tambah lak sem ni berat skit bg aku...
first2 kecewa gak tajuk proposal ditolak...
tp akhirnyer diterima, siap dpt ucapan pengantin baru dr En. Aziz...hehehe
tibe2 rse bersemgt tuk dpt A tuk blog...ahaks..
mase jmp en.aziz tuk tajuk proposal, tibe2...
en.aziz mintak laman web tuk blog..
perghhh terkezut ak...
tp melihat dr air muke en.aziz leh dpt A kot..
tul x en. Aziz...hehehehe
ape2 pn...ak nak kongsi pengalaman bt program tuk kursus pengurusan..
first2 nervous nak mampus sb ak dan ahli kump yg lain kurang berpengalaman tuk mengendalikan program..
yg klakarnyer, diorg lantik ak jd pengarah program...
xde pengalaman pn tp ak tetap mencuba...
kitorg pilih SMK Abdul Jalil, Hulu Langat tuk bt program kepimpinan ni..
mase mule2 sampai memg ar jantung cam nak gugur...
tp pas dah jalan je program rase ega sikit...
walaupun respon dr pelajar xbrape baik tp kitorg sedar kelemahan kitorg..
dan jadikan kritikan yg diberi sebagai panduan tuk menjadi lebih baik...
gambar ak xdapat nak sertakan sebb hp rosak..gambar sume ade dlam hp tersebut...hehe

Monday 11 January 2010

hari yang menyedihkan....


dah lame x updated blog ni
dah masuk mggu ke-3 masuk kuliah
ptptn lak masuk lambat
memg sedih sgt rasenyer..
tp xpe, sabar je la.
aku nak berkongsi ngn sume org
tentang kejadian yang menyedihkan pada hari semalam.
cam biase jadual ak memg memenatkan..
makan tengahari pn xsempat..
bdn jadi lemah je tmbah lak sengugut..
pas 2, dgr lak kwn2 bercerita pasal dua org pelajar upc kemalangan
kat dpn kuil...lg bt bdn ak ni lemah sgt..
jenazah disembahyangkan di masjid al falah
dah terus dibawa pulang ke kelantan..
Innalillah...al fatihah..
sedih rsenyer ati bila terigtkan cerita 2...
cmne agaknyer penerimaan kuarga arwah..
sedihnyer...
kemudian...
1 lg peristiwa bt ak merasakan tg malim seperti terkena sumpahan..
dlm perjlnan blk dr kuliah, dr dlm bas..
ak nampak dua india lelaki terbaring atas jalan raya...
sorg dah berdarah xsedarkan diri, sorg lg masih bergerak..
xpasti kemalangan atau pergaduhan..
mase 2 perut kosong, nak pengsan rsenyer..
lemah je badan mse 2..
mengingatkan lak diri ni baru bergelar tung org dan masih berdarah manis kata org..
membuatkan ak lg merasa amat risau dan bimbang terjadi sesuatu yg buruk..
tp alhamdulillah, pas balik makan, mandi bru ar segar skit badan..
dah berbual ngn kawan2, bt cm2...
dapat ar ak tenangkan diri..
alhamdulillah..
smga ALLAH sentiase melindungi dan merahmati org2 yg ak sygi..
kuarga, tunang, kwn2, dan diri ak sendiri...
amin...


KISAH 5 PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Hukum Sertai Facebook

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.





2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.




3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:



a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

 

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

 

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

 

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

 

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

 

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.